POLITIK

Ahmad Samsuri undur diri ketuai Pas Marang

MARANG – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengunduran dirinya daripada mengetuai Pas Marang.

Beliau berkata, beliau membuat keputusan sedemikian kerana mahu perjuangan parti diteruskan oleh barisan kepimpinan baharu.

“Saya undur kerana yakin sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan.

“Kepimpinan ini bukan milik individu, ia milik jemaah,” katanya dalam laporan portal berita rasmi kerajaan negeri, hari ini.

Laporan tersebut turut berkata, Ahmad Samsuri memaklumkan sendiri keputusan beliau itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang kali ke-41 yang berlangsung di Rusila, semalam.

Berikutan keputusan itu, Timbalan Yang diPertua (TYDP) Pas Marang, Datuk Mohd Nor Hamzah, diumumkan sebagai pengganti dan kini menggalas tanggungjawab sebagai YDP baharu selepas menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Timbalan YDP, Datuk Ariffin Deraman dipilih manakala jawatan Naib YDP dipangku Wan Zuki Wan Ismail.

Kedua-dua jawatan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button