Ahli keluarga UNIFIL diarah tinggalkan Lebanon
BEIRUT – Ahli keluarga pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) perlu meninggalkan negara berkenaan buat sementara waktu.
Menurut jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti, arahan itu dikeluarkan berikutan peningkatan konflik antara Hezbollah dengan tentera Israel di sempadan selatan Lebanon, baru-baru ini, lapor agensi Xinhua.
“Banyak keluarga telah meninggalkan Lebanon, walaupun ada yang masih kekal di Beirut.
“Tindakan baharu ini juga melibatkan mereka dan ia adalah langkah sementara,” kata jurucakap itu, semalam.
Langkah ini dijangka berlangsung sekurang-kurangnya hingga akhir Ogos.
Sementara itu, beberapa negara telah turut menggesa rakyat mereka untuk meninggalkan Lebanon, sementara beberapa syarikat penerbangan menangguhkan atau membatalkan penerbangan ke Beirut.
Ketegangan di sepanjang sempadan Lebanon-Israel memuncak pada 8 Okt 2023, selepas serangan roket yang dilancarkan oleh Hezbollah sebagai tanda solidariti dengan Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








