BERITA SEMASA

Agong terima mengadap PM, dipersembahkan mengenai pelaksanaan BUDI95

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pertemuan Perdana Menteri bersama baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pertemuan itu baginda dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa.

“Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan,” menurut satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun media sosial Sultan Ibrahim hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Program BUDI95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin lalu bakal membolehkan orang ramai menikmati harga petrol RON95 dengan lebih murah.

Program tersebut akan mula dilaksanakan pada 30 September ini dengan harga seliter petrol RON95 ditetapkan pada harga subsidi RM1.99 seliter manakala harga pasaran tanpa subsidi adalah sekitar RM2.60 seliter.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button