Agong terima kunjungan cucu pencipta bersama kartun The Flintstones
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Dave Williams, cucu kepada William Hanna yang merupakan pencipta bersama siri kartun terkenal The Flintstones dan The Jetsons, di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra di mana Williams kini bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

“Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan kartun berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.
William Hanna merupakan pencipta bersama kepada pelbagai watak dan siri animasi terkenal dunia termasuk The Flintstones, The Jetsons serta ribuan lagi karakter kartun yang kekal menjadi legasi hiburan merentas generasi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








