Agong terima menghadap Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baharu
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baharu, Tan Sri Azmi Rohani dalam satu majlis di Istana Negara.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Azmi secara rasmi memulakan tugas sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Sebelum pelantikan itu, beliau merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sejak 1 Januari 2017 dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan negeri serta urusan hal ehwal diraja.
Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan antara posisi tertinggi dalam struktur pentadbiran Istana Negara dengan tanggungjawab menyelaras urusan istiadat dan rasmi Yang di-Pertuan Agong selain mengurus hal ehwal pentadbiran dalaman istana.
Azmi, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi dan Pengurusan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








