BERITA SEMASASUKAN

AFC pantau rapat insiden pergaduhan penyokong Malaysia, Thailand semalam

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memantau rapat insiden pergaduhan antara penyokong Thailand dan Malaysia di Stadium Rajamangala, di Bangkok, malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, kejohanan itu adalah di bawah kelolaan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) dan bukan pihaknya.

Antara penyokong Malaysia diberi rawatan awal sejurus diserang kumpulan dipercayai penyokong Thailand, malam tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Namun, beliau berharap supaya insiden pergaduhan yang tercetus selepas aksi kedua-dua pasukan berakhir itu dapat ditangani sebaiknya supaya tidak berulang.

“Perlawanan (Piala Asean) di bawah AFF bukan AFC. Saya tak tengok laporan, tak boleh nak komen lanjut. Harap tidak berulang lagi,” katanya kepada Arena Metro.

Laporan media sebelum ini menyebut, beberapa penyokong bola sepak Malaysia diserang dan mengalami kecederaan selepas diserang segelintir penyokong Thailand.

Related Articles

Menurut laporan media Thailand, sekumpulan penyokong Thailand yang dikenali sebagai golongan ‘casual’ dan hooligans menyerang penyokong negara ketika mahu meninggalkan venue perlawanan.

Sekurang-kurangnya tiga individu dihantar ke hospital dengan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengesahkan seorang penyokong Malaysia yang mengalami kecederaan di bawa ke Hospital Samitivej Srinakarin untuk menerima rawatan.

Malah, pihak FAT turut menanggung kos rawatan termasuk menjalankan imbasan CT (CT Scan) ke atas bahagian kepala bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci.

Difahamkan pergaduhan itu tercetus ekoran provokasi dilakukan penyokong tuan rumah hingga membawa kepada insiden tidak diingini itu.

Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal apabila pihak berkuasa Thailand menutup pintu keluar bagi penyokong Malaysia dan diarahkan menunggu sehingga keadaan di luar venue itu terkawal.

Dalam aksi Kumpulan A Piala Asean itu, skuad Gajah Perang menang tipis 0-1 ke atas skuad Harimau Malaya menerusi jaringan tunggal Patrik Gustavsson di babak kedua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button