Abdul Azeez bayar wang jaminan RM450,000
KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, selesai membayar wang jaminan RM450,000 kira-kira pukul tadi.
Beliau bagaimanapun dibawa kembali ke lokap selepas mahkamah mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Abdul Azeez yang memakai baju lokap berwarna ungu dilihat tenang ketika dibawa keluar dari kaunter membayar jaminan untuk diserahkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Terdahulu, peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata Abdul Azeez, 60, perlu mematuhi perintah reman itu walaupun sudah diberikan ikat jamin sebanyak RM450,000 dengan dua penjamin tempatan berkaitan pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
āBeliau akan kekal dalam tahanan polis sehingga tempoh perintah reman tamat, selepas itu beliau boleh dibebaskan.
āJadi, apabila tempoh reman tamat esok, beliau boleh pulang ke rumah, sekiranya tiada lanjutan perintah reman,ā katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








