KKM rekod 503 kes tuberkulosis baharu
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 503 kes baharu Tuberkulosis atau TB direkodkan pada Minggu Epidemiologi kelima, menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara setakat ini sebanyak 2,571.
Setakat hujung minggu lalu, Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 614, diikuti Selangor (476), Sarawak (257), Johor (233), Kuala Lumpur dan Putrajaya (202), Pulau Pinang (148), Kedah (144) dan Perak (127).
Negeri-negeri lain yang merekodkan kurang daripada 100 kes adalah Kelantan dengan 96 kes, Pahang (81), Terengganu (60), Negeri Sembilan (58), Melaka (42), Perlis (17) dan Labuan (16).
Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai supaya terus berwaspada menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan sesak.
“Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau penurunan berat badan digesa menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera,” kata KKM dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menambah, langkah-langkah berkenaan adalah tanggungjawab sosial bagi melindungi komuniti daripada penyakit berjangkit, berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








