Politik

Baik semua jawatan tidak dipertandingkan, sinis perwakilan Johor

KUALA LUMPUR – Kesemua jawatan termasuk di peringkat bahagian dan cawangan tidak perlu dipertandingkan sekiranya dua jawatan tertinggi dalam UMNO tidak dipertandingkan.

Perwakilan Johor, Pandak Ahmad berkata, jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti itu jika mahu parti itu mengekalkan perpaduan dan kestabilan.

Katanya, usul untuk tidak mempertandingkan   jawatan itu juga bertentangan dengan prinsip UMNO yang bersifat rasional dan terbuka.

“Kenapa kita pula perlu membahaskan tentang usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalannya.

“Jika UMNO betul-betul mahukan kestabilan, kenapa hanya dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

“Sepatutnya semua jawatan parti di bahagian dan cawangan juga tidak perlu dipertandingkan. Barulah adil,”  katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Usul supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan mencetuskan kontroversi dalam kalangan perwakilan PAU yang bermula sejak Rabu lalu.

Sementara itu, nada yang sama turut dikongsikan perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Zainal Abidin Mohd Rafique yang berpandangan usul itu akan menjejaskan persepsi umum kepada UMNO.

Show More

Related Articles

Back to top button