BERITA SEMASA

PM terima kunjungan MB Perlis

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu membuka ruang perbincangan bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Perlis.

Beliau menambah, perbincangan turut menyentuh keperluan mempergiat usaha membantu rakyat Perlis, dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan, peluang ekonomi serta pembangunan yang adil dan inklusif.

“Kerajaan MADANI akan terus komited memastikan setiap negeri diberikan perhatian sewajarnya demi kepentingan rakyat secara keseluruhan,” kata Perdana Menteri dalam hantaran tersebut.

Abu Bakar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar 28 Disember lalu, bagi menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan atas masalah kesihatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button