Ibu tunggal ditemukan maut dengan kesan kelar di leher
BUTTERWORTH – Seorang ibu tunggal ditemukan maut dengan kesan kelar di bahagian leher dalam kejadian di Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mangsa berusia 41 tahun ditemukan terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.
Difahamkan, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.
Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, termasuk mengenal pasti motif kejadian.
Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan terdapat kesan kelar pada leher mangsa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesan kelar tersebut dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.
“Tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















