BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita rugi RM91,000 terpedaya pelaburan tidak wujud di Kuching

KUCHING – Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mengalami kerugian RM91,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berdasarkan laporan pada 11 Januari lalu, mangsa ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun diberikan. Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000,” katanya dalam kenyataan semalam.

Alexson berkata, mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button