JENAYAH & MAHKAMAH

Polis terima tiga laporan dakwaan kanak-kanak dikurung di taska

SHAH ALAM – Polis mengesahkan sudah menerima tiga laporan berhubung dakwaan kanak-kanak dikurung di sebuah taska, di sini, seperti yang tular sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, semua laporan polis tersenut diterima sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

“Polis sudah menerima laporan berkaitan anak dikurung seperti yang tular di media sosial.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak lelaki yang dikurung itu berumur 11 tahun dan dipercayai dihantar ke pusat asuhan berkenaan sejak berumur lima tahun.

“Setakat ini ada tiga laporan dan Caprice juga diambil rakaman percakapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ramsay turut memaklumkan mengenai serahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes terbabit.

“Ada yang serah CCTV dan rampasan akan dibuat. Kes masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak (AKK) 2001,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button