JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu warga emas langgar polis berjaya ditahan

IPOH – Polis berjaya menahan pemandu warga emas yang disyaki menyebabkan kematian seorang anggotanya dalam satu kemalangan di Jalan Tiger Lane berdekatan sebuah kondominium, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pesara berusia 80 tahun itu ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Wanita warga emas itu dikatakan melarikan diri, sejurus kemalangan dan meninggalkan Perodua Myvi dipandunya di tempat kejadian.

“Ujian saringan awal yang dijalankan mendapati wanita warga emas itu negatif dadah. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang cuba membelok ke kanan di kawasan yang tidak dibenarkan, sehingga melanggar mangsa yang menunggang motosikal di laluan sah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button