Kanak-kanak lima tahun maut tercekik biji rambutan
KEMAMAN – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tercekik biji rambutan dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Neram 1, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang berusia lima tahun sedang makan buah rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.
Menurutnya, kakak mangsa telah mengupas buah rambutan sebelum memberikannya kepada mangsa dan mereka makan bersama.
“Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat dipercayai akibat biji rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong,” katanya, hari ini.
Tambahnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disahkan akibat tercekik (choked) dan doktor turut mengesahkan terdapat biji rambutan di dalam kerongkong mangsa,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








