Sinar Harian mohon maaf atas kekeliruan laporan laungan di PAU 2025
KUALA LUMPUR – Sinar Harian tampil memohon maaf berhubung kekeliruan dalam laporan berkaitan rakaman audio laungan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2025) yang disiarkan hari ini.
Dalam satu kenyataan, media itu menjelaskan hasil semakan mendapati laungan sebenar yang kedengaran ialah “Hidup UMNO”, namun bunyinya seolah-olah “Hidup Anwar”.
Menurut Sinar Harian, kesilapan tersebut berlaku susulan tafsiran audio semasa laungan oleh Pengerusi Tetap selain penggunaan sarikata daripada video siaran langsung.
“Sehubungan itu, kami telah menurunkan berita tersebut dan menghargai maklum balas semua pihak,” menurut kenyataan berkenaan.
Sinar Harian turut menegaskan komitmen untuk memastikan ketepatan serta integriti dalam setiap laporan yang disiarkan kepada umum.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh menafikan dakwaan kononnya laungan “Hidup Anwar” kedengaran semasa PAU 2025 seperti dilaporkan agensi media itu.
Beliau menegaskan, tiada satu pun laungan sedemikian kedengaran sepanjang program berkenaan berlangsung.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








