LUAR NEGARA

Penulis Chariots of the Gods meninggal dunia

GENEVA – Penulis Switzerland, Erich von Däniken dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 90 tahun.

Menurut agensi AP, kematian von Däniken, yang terkenal dengan teori tamadun purba berasal daripada angkasa lepas, disahkan anaknya, Cornelia.

Mendiang von Däniken mula mendapat perhatian luas pada 1968 dengan buku pertamanya, Chariots of the Gods.

Dalam buku itu, beliau dengan penuh kontroversi mendakwa bahawa tamadun purba seperti Aztec dan Mesir dikunjungi oleh angkasawan makhluk asing yang membekalkan teknologi canggih, sekali gus membolehkan mereka membina struktur gergasi seperti piramid.

Buku tersebut mencetuskan minat awam yang semakin meningkat terhadap fenomena yang tidak dapat dijelaskan, diterbitkan pada waktu sains konvensional sedang bersiap sedia untuk langkah pertama manusia ke Bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button