Pelantikan Mufti Perak baharu hak prerogatif Sultan – Saarani
IPOH – Pelantikan Mufti Perak yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lalu adalah hak mutlak atau prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang keputusan mengenai calon yang akan mengisi jawatan itu akan diumumkan sendiri oleh baginda setelah proses pertimbangan dibuat.
“Pelantikan Mufti Perak adalah di bawah kuasa Tuanku. Jadi kita menunggu sehingga baginda mengenal pasti calon yang sesuai dan pengumuman akan dibuat oleh Tuanku sendiri,” memetik laporan BH online.
Terdahulu, pada 1 Januari lalu, Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa perkhidmatan Wan Zahidi sebagai Mufti Perak berakhir pada 31 Disember 2025.
Wan Zahidi, 84, dilantik sebagai Mufti Perak berkuat kuasa 1 Ogos 2022 bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berhubung pelantikan Mufti Perak yang baharu, sementara pentadbiran agama Islam negeri terus berjalan seperti biasa di bawah struktur sedia ada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















