Guna nama koperasi tanpa kebenaran, SKM nafi hubungan dengan Koperasi Gemilang Usahawan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menegaskan bahawa beberapa entiti yang menggunakan variasi nama koperasi tidak berdaftar dengan suruhanjaya itu, sekali gus menafikan sebarang kaitan rasmi atau urus niaga dengan pihak berkenaan.
Menurut SKM, antara nama yang dikenal pasti ialah Koperasi Gemilang Usahawan, Koperasi Gemilang Usahawan Malaysia Dana PKS, Koperasi Gemilang 1 Usahawan Malaysia – Dana PKS dan Koperasi Gemilang Usahawan Malaysia – Dana Untuk Perniagaan.
“SKM menegaskan bahawa sebarang penggunaan istilah “koperasi” atau bahan promosi yang memberi gambaran seolah-olah entiti terbabit berdagang, mempunyai urusan atau menjalankan aktiviti berkaitan dengan suruhanjaya adalah tanpa kebenaran dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan SKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
SKM turut menasihatkan orang awam agar berwaspada serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada badan berwajib sebelum membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana syarikat atau badan yang menawarkan skim pembiayaan.
“Bagi mendapatkan penjelasan lanjut atau mengemukakan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia di talian 03-2083 4000 atau melayari https://aduan.skm.gov.my,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








