Serigala terlepas di zoo Tokyo berjaya ditangkap
TOKYO – Seekor serigala yang dilaporkan terlepas dari kurungan di Taman Zoologi Tama, Hino, barat Tokyo, pagi ini berjaya ditangkap semula dalam kawasan zoo itu pada sebelah petang.

Pihak pengurusan zoo memaklumkan, kejadian itu dikesan selepas seorang penjaga melaporkan kehilangan haiwan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.
Siasatan awal mengesahkan serigala tersebut tidak keluar dari kawasan taman zoologi.
Menurut laporan NHK, serigala berkenaan akhirnya berjaya ditangkap oleh petugas zoo sekitar pukul 2.20 petang, tanpa sebarang insiden tidak diingini dan tiada kecederaan dilaporkan.
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan zoo melaksanakan penutupan zoo serta mengarahkan pelawat yang sudah berada di dalam kawasan taman supaya berlindung di lokasi selamat, termasuk di dalam bangunan.
Seorang pengunjung lelaki berusia 54 tahun dari Higashiyamato, Tokyo berkata, beliau masuk ke sebuah bangunan berhampiran pintu masuk zoo selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Saya melihat beberapa kereta polis lalu bertanya kepada penjaga zoo tentang apa yang berlaku. Saya tertanya-tanya bagaimana serigala itu boleh terlepas,” katanya seperti dipetik NHK.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















