UMNO belum buat keputusan terima semula Khairy – Ahmad Zahid
PUTRAJAYA – UMNO belum membuat sebarang keputusan berkaitan kemungkinan menerima semula bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut juga belum pernah dibincangkan dalam parti setakat ini.
“Setakat ini belum lagi,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan beliau ada bertemu Khairy baru-baru ini namun menegaskan pertemuan tersebut hanya berlaku secara kebetulan di sebuah majlis perkahwinan.
“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan itu dan kita tidak membincangkan apa-apa pun.
“Apa yang dilaporkan media itu adalah laporan mereka, dan saya menghormatinya.
“Saya tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan, seperti mana yang pernah dilakukan seseorang,” katanya lagi.
Sebelum itu, media melaporkan Khairy dijangka kembali ke UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung hujung bulan depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








