Aaron Ago ucap Selamat Hari Natal, tegaskan kepentingan perpaduan negara
KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, perayaan ini sepatutnya disambut dalam suasana kegembiraan, kesyukuran dan kebersamaan bersama keluarga serta insan tersayang.
“Hari Natal mengingatkan kita bahawa keharmonian merupakan asas kepada kestabilan negara.
“Tanpa keharmonian, tiada keamanan tanpa keamanan sukar untuk membina sebuah negara yang stabil dan makmur.
“Justeru, perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi prasyarat utama dalam pembinaan negara bangsa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Aaron berkata, Kementerian Perpaduan Nasional komited memperkukuh usaha pembinaan negara bangsa ke arah Malaysia yang lebih aman, bersatu, stabil dan harmoni atau konsep Peace, Unity, Stability dan Harmony (PUSH).
Menurut beliau, aspirasi ini adalah demi masa depan negara yang lebih inklusif dan sejahtera.
“Dalam sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, rakyat perlu mengamalkan nilai memahami, menghormati, menerima dan meraikan kepelbagaian.
“Kepelbagaian bukan kelemahan, sebaliknya kekuatan yang menjadi tunjang kepada identiti negara kita.
“Negara tidak akan melangkah ke hadapan sekiranya sentimen perkauman dan prasangka terus dimainkan.
“Oleh itu, ikatan antara rakyat pelbagai kaum dan agama mesti terus diperkukuhkan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








