Berita Semasa

Perakam suara kokpit ditemukan – KP Selangor

SHAH ALAM – Perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premium 1 yang jauth terhempas berhampiran kawasan Elmina, di sini diang tadi sudah ditemukan.

Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, komponen itu yang merupakan sebahagian daripada kotak hitam pesawat malang tersebut ditemukan oleh Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) pada pukul 10.20 malam tadi.

“Kita kini sedang mencari satu lagi komponen kotak hitam, iaitu perakam data penerbangan (FDR).

“Perakam suara kokpit itu akan dibawa ke makmal dengan pemprosesan perakam tersebut akan dibuat pihak berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hussein Omar turut memaklumkan bahawa pihak polis selesai menemukan 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mayat pada pukul 10.30 malam tadi.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahmah di Klang bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman dan dijangka selesai pada esok malam, kata beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button