BERITA SEMASA

CAAM sahkan pesawat malang dinaiki dua anak kapal

CYBERJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK160 Gabriel dinaiki dua anak kapal terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di Klang hari ini.

Menurut CAAM dalam satu kenyataan sebentar tadi, pesawat tersebut dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang tadi bagi penerbangan rekreasi.

“Perhubungan terakhir dengan menara kawalan adalah pada pukul 1.35 petang, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima daripada pesawat malang berkenaan,” kata CAAM dalam kenyataan tersebut.

CAAM turut mengesahkan dua anak kapal berada dalam pesawat berkenaan ketika kejadian.

“Buat masa ini, keadaan mereka masih belum dapat disahkan,” kata CAAM lagi.

“Siasatan akan dikendalikan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button