LUAR NEGARA

10 maut kejadian tembakan rambang di Bondi Beach

SYDNEY – Sekurang-kurangnya 10 maut apabila dua penyerang didakwa melepaskan tembakan secara rambang di kawasan peranginan Bondi Beach, hari ini.

Laporan BBC yang memetik sumber keselamatan berkata, lebih daripada 10 mangsa lain cedera, termasuk dua anggota polis.

suspek
Para suspek insiden tembakan rambang di Bondi Beach, hari ini.

Media tempatan melaporkan, penyerang yang berpakaian serba hitam melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis raifal dari jambatan.

Salah seorang daripada penyerang itu didakwa berjaya ditembak mati oleh polis, manakala seorang lagi penyerang dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian berlaku ketika persediaan satu acara pantai bagi meraikan perayaan Yahudi, yang dijadual berlangsung pada waktu senja, hari ini.

Polis New South Wales memaklumkan situasi telah dikawal sepenuhnya namun operasi polis masih dijalankan dan orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button