JAHEAIK rakam keterangan wanita didakwa miliki dua suami
KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah merakam keterangan wanita yang didakwa bernikah dengan lelaki lain ketika masih berstatus isteri orang.
Menurut Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri, Mohd Asri Mat Daud, proses merakam keterangan daripada wanita berusia 30 tahun itu dibuat hari ini.
“Pejabat Agama Tanah Merah sudah mengambil keterangan wanita berkenaan hari ini.
“Tindakan ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita yang dipercayai adik iparnya. Sebaik proses itu selesai, kita akan teliti semua keterangan barulah tindakan lanjut diambil,” katanya, menurut HM Online.
Laporan media sebelum ini menyebut mengenai dakwaan seorang wanita bahawa abangnya ‘dimadukan’ isteri sejak setahun yang lalu apabila wanita itu berkahwin dengan suami kedua di Songkhla, Thailand
Katanya, perkara itu terbongkar 6 Dis lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung ‘menangkapnya’ yang berada di rumah lelaki yang dikahwininya di Songkhla, Thailand pada November Tahun lalu lalu di Batu 11 Tanah Merah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














