BERITA SEMASAPMXPOLITIK

Rombakan kabinet : Tidak lama lagi – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berteka-teki berhubung tarikh sebenar pengumuman rombakan Kabinet namun memberi bayangan bahawa langkah itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Minum Petang Sambutan Krismas di sini, hari ini, hanya memberikan jawapan ringkas apabila diajukan soalan mengenai perkara tersebut.
“Tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar enggan mengesahkan sama ada rombakan itu akan diumumkan sebelum atau selepas sambutan Hari Krismas, sebaliknya meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman rasmi.

Untuk rekod, desas-desus mengenai rombakan Kabinet mula diperkatakan sejak beberapa minggu lalu susulan penilaian semula prestasi menteri serta keperluan memperkukuh jentera pentadbiran Kerajaan Perpaduan dalam mendepani cabaran ekonomi, kos sara hidup dan pelaksanaan agenda reformasi institusi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Anwar telah mempunyai senarai calon bagi rombakan Kabinet berkenaan.

Related Articles

Namun, Perdana Menteri dilaporkan menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak tergesa-gesa bagi memastikan kestabilan politik serta keberkesanan pentadbiran kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button