Politik

Sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? – Radzi Jidin soal PM

CYBERJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kemudahan kereta kepada bekas menteri.

Ahli Parlimen Putrajaya itu mendakwa, kenyataan itu bersifat fitnah kerana Perdana Menteri membatalkan perkara yang tidak wujud.

“Ini fitnah apa pula? DSAI (Anwar) kata, beliau telah batalkan kemudahan kereta untuk bekas-bekas menteri yang baru ini.

“Soalnya, sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Batalkan perkara yang tak wujud?,” soalnya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet berkata, tindakan pembatalan kemudahan kepada bekas-bekas menteri yang dilakukannya setakat ini tidak melibatkan Perlembagaan.

“Yang saya lakukan setakat ini bekas-bekas menteri yang baru ini mendapat kemudahan-kemudahan biasa dan kereta, semua itu saya batalkan.

“Setakat itu boleh…lebih baik dari segi peraturan pentadbiran, ia tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button