Bakar rumah: Polis buru suspek disyaki along
JOHOR BAHRU – Polis giat memburu suspek kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lalu disyaki angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun pada pukul 8.01 pagi, hari yang sama.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4.18 pagi. Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya segera dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-556 3122.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








