PM hubungi Shehbaz Sharif nyata kebimbangan isu serantau
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan perbincangan telefon dengan rakan sejawat di Pakistan, Shehbaz Sharif, bagi bertukar pandangan berhubung beberapa perkara berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Dalam perbualan itu, Anwar turut memaklumkan mengenai situasi semasa banjir yang melanda Malaysia serta beberapa negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand sejak beberapa minggu lalu.
Menyentuh perkembangan di sepanjang sempadan Afghanistan–Pakistan, beliau menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap kestabilan rantau berkenaan dan berharap agar semua pihak mencari penyelesaian secara aman melalui dialog serta saluran diplomasi.
Beliau menegaskan, langkah itu penting bagi mengelakkan ketegangan berpanjangan yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








