BERITA SEMASALUAR NEGARA

Empat termasuk kanak-kanak maut dalam serangan majlis hari jadi

STOCKTON, California – Empat individu termasuk kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera dalam satu insiden tembakan rambang ketika majlis hari lahir kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di sini, (waktu tempatan) malam ini.

Pejabat Sheriff Daerah San Joaquin memaklumkan, kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang di dalam sebuah pusat membeli-belah yang menempatkan beberapa lot kedai.

Naib Datuk Bandar Stockton, Jason Lee, memaklumkan menerusi Facebook bahawa tembakan berlaku di sebuah kedai ais krim ketika majlis hari lahir kanak-kanak sedang berlangsung.

“Menurut pihak berkuasa, sekitar 14 individu terkena tembakan dan empat mangsa disahkan meninggal dunia.

Heather Brent, Jurucakap Pejabat Sheriff berkata, mangsa termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tanda awal menunjukkan insiden itu mungkin disasarkan, kata Brent pada sidang media di lokasi kejadian.

Pihak penyiasat masih berusaha mengenal pasti motif di sebalik serangan itu.

Pegawai tidak segera memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa yang cedera, namun beberapa mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button