LUAR NEGARA

Kebakaran apartment: Operasi mencari dihentikan, 128 disahkan maut

Ratusan lagi masih hilang

HONG KONG – Seramai 128 disahkan maut manakala kira-kira 200 lagi masih hilang dalam kebakaran di kompleks perumahan Wang Fuk Court di daerah utara Tai Po, di sini kelmarin.

Ketua Keselamatan Hong Kong, Chris Tang berkata, operasi mencari mangsa sudah dihentikan sepenuhnya, lapor The Straits Times.

Beliau turut memberitahu, daripada 128 mangsa yang maut, hanya 39 mangsa sudah dikenal pasti setakat ini.

“Kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak jasad ditemukan apabila polis memasuki bangunan itu untuk menjalankan siasatan terperinci,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Kebakaran tersebut sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya namun pihak berkuasa masih perlu menunggu sehingga rangka bangunan tersebut sejuk sebelum dapat memasuki beberapa kawasan yang suhunya masih melebihi 200 darjah Celcius (C).

“Tumpuan kami sekarang adalah untuk memastikan suhu dalam bangunan menurun dan apabila semuanya disahkan selamat, polis akan mengumpul bukti serta menjalankan siasatan lanjut,” katanya lagi.

Kebakaran di lapan menara yang menempatkan lebih 4,600 penduduk itu merebak dengan cepat dipercayai akibat penggunaan perancah buluh serta jaring hijau yang digunakan syarikat pembinaan ketika kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button