JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau

REMBAU – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam maut selepas rumah keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.57 malam.

Menurutnya, semasa kejadian hanya mangsa berusia 25 tahun dan bapanya yang berumur 59 tahun berada di rumah berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, bapa mangsa sedang tidur sebelum terjaga selepas mendengar beberapa letupan kecil dan mendapati api bermula dari bilik anaknya.

“Beliau sempat menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan ringan akibat melecur di bahagian kepala,” katanya memetik laporan BH Online.

Tambahnya, pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah, manakala mayat mangsa ditemukan selepas api berjaya dikawal.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button