Polis siasat kebakaran gerai bunga api di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL – Polis membuka kertas siasatan berhubung kebakaran yang memusnahkan sebuah gerai bunga api di Taman Pekaka, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan membabitkan kecuaian berkaitan bahan letupan.
Menurutnya, pihak polis telah menerima lima laporan berhubung kejadian tersebut setakat ini.
“Kami telah memulakan siasatan kes ini dan akan merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan,” memetik BuletinTv3 online.
Dalam kejadian kira-kira tengah malam itu, gerai berkenaan musnah sepenuhnya selepas dijilat api, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang diletakkan berhampiran mengalami kerosakan teruk dianggarkan 90 peratus.
Selain itu, kebakaran turut menyebabkan tiga unit luar pendingin hawa di sebuah rumah berhampiran terjejas.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian dialami.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








