BERITA SEMASA

15 sungai Selangor, KL lepasi paras bahaya

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kawasan sungai di Selangor dan Kuala Lumpur direkodkan melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 12 tengah hari tadi, paras air di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Langat mencatat peningkatan mendadak.

Berikut kawasan sungai yang direkodkan melepasi paras bahaya dan waspada:

1. Sungai Gombak (Jalan Tun Razak)
2. Sungai Klang (Jambatan Tun Sambanthan)
3. Sungai Klang (Klang Gate)
4. Sungai Klang (Taman Sri Muda, Klang)
5. Sungai Kerayong (Cheras)
6. Sungai Damansara (TTDI / Seksyen 17 Petaling Jaya)
7. Sungai Batu (Sentul)
8. Sungai Bunus (Danau Kota)
9. Sungai Langat (Hulu Langat)
10. Sungai Langat (Jenderam Hilir)
11. Sungai Semenyih (Semenyih Lama)
12. Sungai Bernam (Hulu Selangor)
13. Sungai Binjai (Meru, Klang)
14. Sungai Rasau (Seksyen 16 Shah Alam)
15. Sungai Kuyoh (Seri Kembangan)

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak insiden banjir kilat di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button