BERITA SEMASA

Bekas Ketua Pengarah NADMA dilantik KSU Kementerian Komunikasi yang baharu

PUTRAJAYA – Datuk Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang baharu berkuat kuasa 24 November ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pemilihan Abdul Halim untuk menerajui kementerian berkenaan.

“Abdul Halim, 54, merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.

“Beliau mempunyai hampir tiga dekad pengalaman dalam perkhidmatan awam, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelaras Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Abdul Halim juga pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2023 sebelum mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai Ketua Pengarah.

Sementara itu, Shamsul Azri turut yakin pengalaman luas Abdul Halim serta rekod perkhidmatan yang cemerlang akan memperkukuh sistem penyampaian kerajaan, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button