SPRM tahan pegawai penyiasat agensi penguatkuasaan
CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan menahan sorang pegawai penyiasat sebuah agensi penguatkuasaan kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM3,000 bagi melepaskan suspek.
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan di pejabatnya di sini, pukul 3.30 petang semalam.
“Suspek dipercayai meminta suapan daripada seorang individu sebagai balasan untuk menolong melepaskan abangnya daripada tindakan undang-undang melibatkan satu siasatan kes penyalahgunaan dadah.
“Suspek didakwa mengarahkan individu terbabit datang keesokan harinya dengan membawa wang serta mengambil abangnya yang ditahan,” kata sumber tersebut, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan itu dan menambah, suspek direman tiga hari bermula hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















