BERITA SEMASASUKAN

Layak ke Piala Asia 2027, netizen Singapura minta cuti umum

SINGAPURA  – Kemenangan 2-1 Singapura ke atas Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 terus menjadi buah mulut warga republik itu, sehingga ada yang meminta kerajaan mengisytiharkan cuti umum.

Kejayaan yang dicatat malam semalam itu membuka laluan buat The Lions melakar sejarah baharu iaitu layak ke Piala Asia berdasarkan merit, sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Penyertaan mereka terdahulu pada 1984 hanya direkodkan kerana menjadi tuan rumah.

Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam turut menyuarakan rasa bangga melalui hantaran di Facebook dengan menekankan bahawa detik itu lahir selepas “bertahun-tahun dikecewakan”.

Ucapannya itu segera menarik perhatian warga maya yang membalasnya dengan nada berseloroh.

Antara reaksi yang mencuri perhatian termasuk pertanyaan ringkas seorang pengguna yang menulis, “Cuti umum, tuan?”, disusuli komen lain yang berbunyi: “Cutilah. Lagipun tahun ini SG60.”

Walaupun permintaan itu jelas bernada gurauan, ia mencerminkan keterujaan rakyat Singapura menyambut kejayaan pasukan kebangsaan mereka yang kini bersedia melangkah ke pentas bola sepak Asia di Arab Saudi pada 2027.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button