Lelaki bersenjata culik 25 pelajar perempuan
ABUJA – Seramai 25 pelajar diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah sekolah menengah perempuan milik kerajaan di barat laut Nigeria, semalam.
Dalam kejadian di Sekolah Menengah Komprehensif Perempuan Kerajaan di Maga, negeri Kebbi itu, sekurang-kurangnya seorang guru dipercayai terbunuh setelah berlaku kejadian tembak-menembak, lapor BBC.
Polis berkata, penyerang terlibat turut berbalas tembakan dengan pengawal bertugas sebelum mereka memanjat pagar dan melarikan pelajar dari asrama.
“Seorang kakitangan terbunuh ketika cuba melindungi pelajar, manakala seorang lagi terkena tembakan dan sedang dirawat,” kata polis.
Individu yang terbunuh dikenal pasti sebagai penolong pengetua sekolah berkenaan, Hassan Yakubu Makuku.
Beberapa saksi berkata, kumpulan penyerang itu melepaskan tembakan rambang untuk mencetuskan panik.
“Mereka membawa sejumlah pelajar ke kawasan belukar berdekatan,” kata saksi.
Pihak berkuasa telah mengerahkan unit taktikal polis tambahan, anggota tentera dan kumpulan sukarelawan ke sekolah tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan.
Suspek kejadian masih belum diknal pasti, namum pihak berkuasa mengesyaki serangan dilakukan oleh kumpulan penjenayah tempatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








