BERITA SEMASA

Whallo lebar sayap ke pasaran antarabangsa

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran produk sejuk beku, Whallo kini melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa iaitu di Singapura bermula bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO), Vincent Ho, pihaknya komited dalam memenuhi permintaan produk sejuk beku bukan sahaja di peringkat domestik, malah di peringkat antarabangsa khususnya di Singapura.

Jelasnya, perkhidmatan penghantaran tersebut adalah dengan menggunakan kotak yang mampu memuatkan 30 kilogram (kg) barangan sejuk beku.

“Baru-baru ini kita telah lancarkan Whallo di Singapura, bulan 8 kita buat Whallo di Singapura, dan sedang uruskan semua perkara yang terlibat seperti kastam dan pelbagai perkara lagi.

“Kami juga berusaha bagi membantu memperkasa rakan kongsi dengan inovasi dan teknologi terkini untuk menjadi sebuah syarikat penghantaran sejuk beku yang terbaik di seluruh rantau dan memenuhi permintaan negara jiran iaitu Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Vincent berkata, Whallo yang kini memiliki 180 Agen Parcelhub  seluruh negara juga akan memastikan tempoh penghantaran ke pintu rumah dalam tempoh 24 jam. 

 “Sebenarnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pemandu kita (Parcelhub) telah mula memasuki kampung-kampung seperti Felda untuk bawa keluar ketupat, keropok lekor dengan menggunakan lori sejuk beku sendiri,” katanya.

Menurut Vincent lagi, Whallo kini turut membuka lebih banyak peluang kepada pemilik kedai runcit atau sesiapa yang berminat memiliki fasiliti ruangan sejuk beku bagi menyertai mereka sebagai agen dalam masa terdekat.

Katanya, peluang itu dibuka bagi membantu lebih ramai pengusaha tempatan memasarkan produk sejuk beku mereka di samping meningkatkan pendapatan peniaga tempatan seluruh negara.

“Walaupun ada beberapa syarikat atau penyedia perkhidmatan yang membuat penghantaran barangan sejuk atau sejuk beku, tetapi tiada lagi setahu saya yang membuat penghantaran pintu ke pintu secara menyeluruh,” ujarnya lagi.












SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button