INISIATIF KERAJAANPMX

Pembukaan RTS Link tahun depan bakal kurangkan kesesakan tambak Johor – PM

KUALA LUMPUR – Pembukaan Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS Link) pada Disember tahun depan dijangka menjadi pemangkin terbesar kepada usaha mengurangkan kesesakan kronik di pintu sempadan dua negara jiran itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kesesakan di Tambak Johor terus menjadi tumpuan utama dalam Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 yang berlangsung semalam.

Menurutnya, RTS Link bakal membawa perubahan ketara terhadap pergerakan harian rakyat di kedua-dua negara apabila ia mula beroperasi, sekali gus menyelesaikan sebahagian besar masalah aliran trafik yang berlarutan sekian lama.

“Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Singapura kini berada di fasa akhir rundingan bagi menambah baik Skim Teksi Rentas Sempadan serta perkhidmatan e-hailing bagi memenuhi keperluan rakyat dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Singapura atas sumbangan dalam Program Sukarelawan Bahasa Inggeris MY-SG (MSEVP) yang memberi manfaat kepada golongan belia serta menggalakkan pertukaran antara rakyat dan kumpulan profesional.

“Semoga hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh demi kebaikan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button