Akhbar di Pakistan dikecam, tersilap terbitkan prompt gaya ChatGPT dalam laporan berita
KARACHI – Akbar harian berbahasa Inggeris terkemuka Pakistan, Dawn berdepan situasi canggung selepas secara tidak sengaja menerbitkan satu prompt gaya ChatGPT dalam laporan berita mereka.
Kesilapan itu dikesan dalam laporan bahagian Perniagaan bertajuk ‘Auto sales rev up in October’ di mana perenggan terakhir mengandungi ayat yang dijana oleh AI bagi mencadangkan suntingan, tetapi terlupa dipadam oleh penyunting sebelum laporan disiarkan.
Kesilapan itu menarik perhatian pembaca dan memicu perbualan di media sosial mengenai penggunaan kecerdasan buatan dalam industri kewartawanan serta risiko kesilapan editorial.
Seorang jurucakap Dawn mengesahkan kejadian tersebut.
“Ini adalah kesilapan editorial dan tidak sepatutnya disiarkan. Kami sedang meneliti semula prosedur penyuntingan untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.
Insiden itu juga menimbulkan persoalan mengenai batas penggunaan AI dalam penyediaan berita serta kepentingan semakan manusia untuk mengekalkan kualiti dan kredibiliti laporan media.
Paparan berita itu di media sosial mendapat lebih 48,000 reaksi, 1,600 komen dan 4,000 perkongsian semula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




