POLITIK

PRN Sabah: STAR, UPKO bincang bentuk pakatan esok

KOTA KINABALU – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan mengadakan rundingan dengan Parti UPKO esok, mengenai kemungkinan membentuk pakatan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 Nov nanti.

Perkara itu dimaklumkan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, hari ini, lapor The Borneo Post.

“Kita tunggu (UPKO) umumkan calon mereka, tetapi (pengumuman) calon kita sudah dirancang (untuk hari ini).

“Kami akan adakan perbincangan esok,” kata Jeffrey.

Beliau turut mengesahkan Parti STAR bekerjasama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) bagi menghadapi PRN kali ini.

Kelmarin, UPKO mengambil keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH), atas alasan perbezaan pendirian antara parti itu dengan komponen PH lain, khususnya berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Sementara itu, STAR hari ini mengumumkan seramai 29 daripada 40 calon yang akan mewakilinya pada PRN Sabah kali ini.

Menurut Jeffrey, baki calon selebihnya akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses penilaian akhir diselesaikan sepenuhnya.

“Kita baru saja selesai mengumumkan 29 calon. Walaupun kita akan bertanding di sekitar 40 kerusi, proses pemilihan masih berjalan dan akan disiapkan dalam sehari dua ini.

“Kebanyakannya merupakan muka baharu, kecuali saya sendiri dan dalam senarai itu turut melibatkan calon wanita serta golongan belia,” katanya selepas majlis pengumuman calon di Sokid Villa, di sini hari ini.

SENARAI PENUH CALON STAR BAGI PRN SABAH KE-17

1. N2.Bengkoka – Maklin Masiau
2. N6.Bandau – Shirewin D Patrick
3. N7.Tandek – Datuk Arlinsia Agang
4. N8.Pintasan – Raplin Samat
5. N9.Tempasuk – Walter Mark Mukis
6. N10.Usukan – Mohd. Lin Hj Harun
7. N14.Tamparuli – Jinitoh Sontori
8. N15.Kiulu – Terence Sinti
9. N16.Karambunai – Datuk Stephen Teo
10. N18.Inanam – Datuk Kenny Chua Teck Ho
11. N20.Api-Api – Ting Shu Kiong
12. N23.Petagas – Annita Shiela F Among
13. N25.Kapayan – Bernard Logijin
14. N28.Kawang – Beverley Natalie Koh
15. N31.Membakut – Adrian Lajim
16. N35.Sindumin – Moktar Matussin
17. N37.Karanaan – Mohd Anuar Abdul Ghani
18. N38.Paginatan – Pedderin @ Feddrin Tuliang @ Tuling
19. N39.Tambunan – Dr Jeffrey G Kitingan
20. N40.Bingkor – Datuk Mohd Ishak Ayub
21. N41.Liawan – Augustine A Nain
22. N42.Melalap – Alviana Linus
23. N43.Kemabong – Hasmin @ Azroy Abdullah
24. N44.Tulid – Datuk Evaritus Gungkit
25. N45.Sook – Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut
26. N60.Tungku – Suling Isib
27. N66.Bugaya – Mohd Taha Mohd Dara
28. N67.Balung – Chee Kheng Moi
29. N69.Sri Tanjong – Datuk Fung Len Fui

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button