Keaslian budaya Korea meriahkan Festival Kimchi 2025 di The Curve
PETALING JAYA – Festival Kimchi Korea 2025 kembali menemui orang ramai di The Curve, Mutiara Damansara di sini, apabila menampilkan keunikan cita rasa serta warisan budaya Korea yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Menurut Pengerusi KMT Group Companies, Datuk Matthew Lee, kimchi bukan sekadar makanan, tetapi simbol ketekunan dan warisan turun-temurun yang mencerminkan semangat serta falsafah kehidupan mereka.
“Kami berbesar hati dapat memperkenalkan kimchi kebanggaan rakyat Korea kepada masyarakat Malaysia. Harapan kami agar mereka turut menghargai rasa serta nilai budaya yang terkandung di dalamnya,” ujarnya.
Festival tahunan yang berlangsung dari 8 hingga 16 November itu dianjurkan oleh Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation (aT Center) di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea (MAFRA) dengan kerjasama KMT Food & Beverage Sdn. Bhd., sebagai usaha memperkukuh hubungan budaya dan citarasa antara Korea dan Malaysia.

Sementara itu, Pengarah aT Center Kuala Lumpur, Chang Chung Ho berkata, semua produk yang dipamerkan dan dijual di festival ini memiliki pensijilan halal bagi memastikan ia mesra pengguna Muslim di Malaysia.
“Festival ini membuktikan bahawa makanan mampu merapatkan jurang budaya. Ia bukan sekadar rasa, tetapi warisan dan kasih antara dua negara,” katanya Chang.
Festival sembilan hari itu turut menampilkan demonstrasi langsung pembuatan kimchi oleh Madam Yoo Jung Im, First Certified Kimchi Master dari Korea, yang berkongsi rahsia fermentasi serta falsafah di sebalik penyediaan kimchi tradisional.
Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis kimchi premium yang diimport terus dari Korea serta menyertai aktiviti interaktif yang membawa mereka menelusuri sejarah dan evolusi kimchi, iaitu daripada kaedah pengawetan tradisional hingga menjadi makanan super kaya probiotik dan antioksidan turut disertakan.
Lebih daripada sekadar pesta rasa, festival itu menjadi platform pertukaran budaya yang membuktikan bahawa makanan mampu menyatukan dua bangsa berbeza. Keaslian resipi tradisional Korea turut diserikan dengan cita rasa tempatan dalam suasana mesra keluarga.
Selepas penganjuran di The Curve, promosi khas kimchi akan diteruskan di pasar raya terpilih seperti AEON, Village Grocer, TFM dan Seibu TRX sehingga 23 November ini, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia membawa pulang rasa autentik Korea ke meja makan mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








