BERITA SEMASAPMX

PM kongsi detik persembahan G-Dragon di APEC 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian netizen apabila berkongsi detik persembahan bintang terkenal K-Pop, G-Dragon sempena penganjuran Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada peminat K-Pop tempatan agar memuat naik rakaman persembahan artis popular itu.

“Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini. Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat,” tulis beliau.

Perkongsian tersebut menerima sambutan hangat daripada pengguna media sosial yang teruja melihat keterbukaan Perdana Menteri meraikan budaya popular Korea Selatan yang mempunyai pengaruh besar di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Ini memang another level la PMX. Sempoyy !!! Layan permintaan peminat KPOP di Malaysia. Hahaha.. terbaik,” tulis Iman Mustafa.

Thank you, PMX. Saya peminat GD,” komen Edward Kok pula.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, merupakan antara ikon global yang dijemput menjayakan segmen hiburan berprestij pada majlis APEC 2025 yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button