Jasad wanita dalam keadaan berikat ditemukan dalam semak di Serdang
SERDANG – Polis mengesahkan penemuan satu jasad wanita dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan, petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 3.45 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu, berkuku panjang serta memakai subang perak di kedua-dua telinga.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












