BERITA SEMASASUKAN

Kelab bola sepak Bosnia abadikan nama TMJ di akademi remaja

CYBERJAYA – Kelab bola sepak berpangkalan di Bosnia dan Herzegovina, FK Sarajevo menamakan akademi bola sepak mereka sebagai FK Sarajevo Football Academy – Tunku Mahkota Ismail.

Kelab berkenaan dalam satu kenyataan berkata, langkah itu menandakan pencapaian penting dalam pembangunan antarabangsa kelab berkenaan.

“Akademi bola sepak Sarajevo kini dinamakan FK Sarajevo Football Academy – Tunku Mahkota Ismail.

“Keputusan ini mewakili satu langkah besar dalam usaha pengembangan global FK Sarajevo, mencerminkan visi bersama pelabur utama kelab tersebut,” kata kelab tersebut dalam satu hantaran di akaun X miliknya.

FK Sarajevo turut memaklumkan bahawa kerjasama dengan Tunku Ismail akan menjadi jambatan penghubung antara Bosnia dan Herzegovina serta Malaysia.

Kerjasama itu akan merangkumi perkongsian kepakaran dalam bidang pengurusan, organisasi dan pembangunan pemain, selain projek pengenalpastian bakat serta pertukaran pemain dan jurulatih.

Kelab itu menambah, matlamat utama kerjasama berkenaan adalah membina sistem pembangunan jangka panjang yang mampan bagi memperkukuh hubungan antara FK Sarajevo dan Johor Darul Ta’zim (JDT), bukan sahaja dalam bidang bola sepak, tetapi juga dalam pengurusan dan kecemerlangan organisasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button