BERITA SEMASA

Laluan Balik Pulau ke Paya Terubong ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh

GEORGETOWN – Laluan di Jalan Tun Sardon (Bukit Baru) yang menghubungkan Balik Pulau dan Paya Terubong ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan akibat runtuhan cerun dan pokok tumbang, petang tadi.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan laluan utama itu terhalang sepenuhnya susulan jalan ditimbuni tanah, batu serta pokok yang runtuh dari cerun tersebut.

tanah runtuh
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan laluan utama itu terhalang sepenuhnya susulan jalan ditimbuni tanah, batu serta pokok yang runtuh dari cerun tersebut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian berkenaan, setakat ini.

Susulan kejadian, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya menangguhkan perjalanan dan mengelak menggunakan laluan berkenaan sehingga kerja pembersihan selesai.

“Kenderaan yang masih berada di kawasan itu diminta berpatah balik dan menggunakan laluan alternatif lain,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pasukan tindak balas kecemasan juga telah digerakkan ke lokasi bagi menilai tahap risiko serta memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button