LUAR NEGARA

Operasi lapangan terbang disambung semula enam jam selepas kebakaran

DHAKA – Operasi di lapangan terbang utama Bangladesh, Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal (HSIA) di sini disambung semula enam jam selepas dihentikan susulan kejadian kebakaran di bahagian , kargo semalam.

Menurut pegawai lapangan terbang, penerbangan pertama berlepas pukul 9.06 malam waktu tempatan, menandakan operasi telah kembali normal.

Kementerian Penerbangan Awam dan Pelancongan dalam satu kenyataan mengesahkan api telah berjaya dikawal sepenuhnya.

“Langkah-langkah akan diambil untuk mengenal pasti punca kebakaran dan melaksanakan langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden serupa pada masa hadapan,” kata kementerian itu.

Kebakaran di HSIA itu merupakan kebakaran besar ketiga yang dilaporkan di Bangladesh minggu ini selepas kebakaran di kilang pakaian dan gudang kimia bersebelahan di Dhaka meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa pada Selasa.

Khamis lalu Satu lagi kebakaran memusnahkan bangunan kilang pakaian tujuh tingkat di zon pemprosesan eksport di Chittagong.

Kerajaan sementara Bangladesh berkata, semua insiden kebakaran baru-baru ini sedang disiasat secara menyeluruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button