LUAR NEGARA

Gaza ditimbuni hingga 70 juta tan runtuhan, operasi pembersihan berdepan cabaran besar

GAZA CITY – Operasi pembersihan Tebing Gaza berdepan kesukaran kerana wilayah itu dianggarkan ditimbuni antara 65 hingga 70 juta tan runtuhan dan serpihan.

Laporan al-Jazeera yang memetik kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, serpihan runtuhan itu merangkumi ribuan rumah, kemudahan dan infrastruktur penting yang dimusnahkan secara sengaja oleh tentera rejim zionis.

runtuhan
Serpihan runtuhan itu merangkumi ribuan rumah, kemudahan dan infrastruktur penting yang dimusnahkan secara sengaja oleh tentera rejim zionis.

“Ini menyebabkan Gaza bertukar menjadi kawasan yang musnah dari segi alam sekitar dan struktur, serta menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan dan usaha bantuan,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, proses mengalihkan runtuhan kini berdepan pelbagai halangan serius, disebabkan kekurangan jentera berat dan peralatan.

“Kesemua ini disebabkan oleh larangan kemasukan oleh tentera rejim, penutupan sepenuhnya lintasan sempadan, serta halangan yang disengajakan terhadap kemasukan bahan dan jentera yang diperlukan untuk mengeluarkan mayat mangsa,” tambah kenyataan itu.

Kenyatan tersebut turut memberitahu, dianggarkan sebanyak 20,000 bahan letupan yang belum meletup, termasuk bom dan peluru berpandu yang digugurkan oleh tentera Israel, bertaburan dalam wilayah berkenaan.

“Ini sekali gus menimbulkan ancaman besar terhadap nyawa orang awam serta petugas lapangan.

“Sisa-sisa tersebut memerlukan pengendalian kejuruteraan dan keselamatan khusus sebelum sebarang kerja pembersihan atau pembinaan semula dapat dimulakan,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button